Feb 7, 2005

{K} {A} {L} {A} {M} {I}

Assalamualaikum
Ikhwah wa akhawat fillah,

Jika Allah ingin kebaikan pada hambaNya, maka Dia akan beri kefahaman tentang agama. (Hadis)

Bersyukur pada Rob atas nikmat iman dan Islam. Nikmat sebuah kehidupan sebagai hambaNya yang terlalu kerdil. Bersyukur kerana terpilih untuk bersama langkah juang seorang penyampai. Bersyukur kerana terpanggil untuk berkongsi kebaikan. Allahu Akbar!! Moga hasil dan dakian ini akan mengerakkan fitrah tabula rasa ke arah pembentukan ruhiah yang nian, InsyaAllah. Ya, tarbiah yang terlebih dahulu patut diberi pada diri sebelum disampai pada insan lain. Allah dan Kasih sayangNya. Allah Tuhan segala keindahan dan penciptaan. Allah dan pengampunan, Allah dan senyuman kasih pada setiap insan. Allah Tuhanku al Khaliqul 'aalamin..

'Sesungguhnya dengan mengingati Allah itu, jiwa akan menjadi tenang'
(Ar Raad : 28)


Untuk ke arah pembentukan peribadi pd perspektif Islam..ada elemen-elemen penting yg perlu dijaga rapi. Aqal, hati dan tubuh (MPH > mental,physical & heart) Menyentuh hakikat hati..hati yang menjadi refleksi pada diri dan budi, Al Ghazali berkata bahawa hati itu adalah tamsilan kepada perbuatan insan. Hati itu perlu bersih dari segala maksiat. Hati itu perlukan gilapan iman utk kendiri Muslim dan Muslimah sejati, Mu'min dan Mu'minah pilihan Robbul Izzati. Hati itu buat dijadikan pintu untuk memandu diri dan aksi seorang Muhsin. Hati dan pentarbiyahan hakiki.

Menyentuh pula halnya si aqal. Aqal dan istimewanya yang menyahjauh status manusia dan kehidupan yg lain. Bertuah si aqal, kerana duduknya di darjat tertinggi tubuh.Itu cantiknya ciptaan Tuhan. Aqal dan kepentingannya digambarkan pada kedudukan teratas. Aqal di kepala, sinonimnya pinggan dan nasi. Kepala? Ya, kepala yang tunduk dari ego insan bila bersujud dalam solat. Kepala dan kejatuhan pada laras kaki yang terbawah duduknya. Elemen-elemen ini (MPH) akan aku kupaskan lagi nanti, InsyaAllah. Barakallahuliwalakum :)Salam perjuangan utk semua

p/s: Mungkin aku bukan Shahnon yang menulis dari minda yg nian, dan aku bukan sarjana ilmuan yg mampu menzahirkan idea di atas permikiran insan..aku juga bukan penulis yg kalamnya berdencing tajam atau keras. Aku juga tak sebaik insan lain dalam juang ini. Aku cuma Noor Azian, cahaya perhiasan di antara hiasan yg ada. Aku along dan abid hina. Aku dan nadaku sendiri. Aku dan apa yang diciptakan dari kerlingan masa silam, permerhatian masa kini dan tinjauan masa hadapan. Aku dan erti penghargaan diri. Ini aku dan aku kan begini. Kamu!! Ya kamu adalah sumberku inspirasi..

No comments: